Tuesday, April 21, 2009

MAKSUD WARNA BUNGA


Biru
- Ia menenangkan kerisauan, sebagai simbol keamanan, keterbukaan dan kedamaian. Jambangan bunga segar berwarna biru mampu menjadi ‘penawar’ kepada rasa bimbang.

Merah jambu
- Lambing gemalai, kesantunan dam kegembiraan. Bunga merah jambu pelbagai bentuk, baik yang kecil, halus, menguntum, atau yang mekar menggambarkan keremajaan, kesucian dan kegirangan.

Ungu
- Symbol kehormatan, kebanggaan dan kejayaan. Susunan bunga mekar yang penuh dengan warna ungu menggambarkan kesempurnaan dan rasa kekaguman.

Merah
- Warna yang tidak boleh di pertikaikan kekuatannya. Merah menggambarkan rasa keinginan, kekuatan dan cinta yang teguh. Jambangan bunga mekar berwarna merah menyimbolkan kecantikan dan keberanian yang tidak kenal erti kekangan.

Putih
- Dikaitkan dengan keluhuran, kesederhanaan, sanjungan dan memaparkan kecantikan yang bersahaja. Jambangan bunga segar putih mekar, menyampaikan kesantunan dan keanggunan.

Kuning
- Symbol warna diraja, kuning membangkitkan rasa gembira dan penuh keselesaan. Ia juga lambang persahabatan. Jambangan bunga mekar kuning mencerminkan sesuatu permulaan yang baru seperti kerja baru, pindah ke rumah baru ataupun bermula musim baru.

Oren
- Tidak kenal erti malu, ia penuh dengan keyakinan dan bangga. Lambing kekuatan, kegembiraan dan keramahan. Susunan bunga oren menyampaikan maksud tinggi keyakinan diri, kepuasan dan keghairahan dalam hidup.

Hijau
- Sinonim dengan alam semula jadi. Menggambarkan kesihatan, daya lenting atau ketabahan, tuah dan keremajaan. Kuntuman bunga hijau tidak kira di gubah dengan bunga warna lain atau bentuknya menggambarkan sikap optimis dan pembaharuan.

Lavender
- Menonjolkan sifat feminine, kehalusan, gemalai dan keanggunan. Jambangan yang dipenuhi dengan bunga mekar lavender memang padan dengan kecantikan yang feminine.

3 comments:

Anonymous said...

best laa best laa..
nak lagi info tentang bunga boleh tak..

pRinCesS eiNo said...

wahhh...sape yg sungguh berminat nih?? huhu @_@

KAY said...

hi gurl!! follo my blog k..